segala macam turitorial , pengetahuan dan artikel menarik yang sedang marak diperbincangkan


Join the forum, it's quick and easy

segala macam turitorial , pengetahuan dan artikel menarik yang sedang marak diperbincangkan
segala macam turitorial , pengetahuan dan artikel menarik yang sedang marak diperbincangkan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Pencarian
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» kelebihan dari berbisnis lewat google adwords
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptySun Oct 09, 2011 8:30 pm by kavie

» IP Config yuk !!!
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptySun Oct 09, 2011 3:22 am by kavie

» Untuk Penjualan: Blackberry 9800 Slider Obor dan iPhone Apple 4 32GB dan Nokia N8
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptyTue Dec 21, 2010 3:34 pm by maxismobilesdnbhd

» Untuk Penjualan: Blackberry 9800 Slider Obor dan iPhone Apple 4 32GB dan Nokia N8
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptyTue Dec 21, 2010 3:31 pm by maxismobilesdnbhd

» follow my blog
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptyFri Dec 10, 2010 6:32 pm by kavie

» apakah itu pendidikan Online?
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptyWed Nov 24, 2010 2:27 pm by master_of_forex

» VISI DAN MISI DUNIA BELAJAR
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptyWed Nov 24, 2010 1:24 pm by sonny

» Apple iPhone 4G 32GB
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptyWed Nov 24, 2010 1:13 pm by sonny

» Grafika Komputer dengan Visual Basic 6
Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com EmptyTue Nov 23, 2010 12:19 am by ridwan

Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian
Affiliates
free forum


Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com

Go down

Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com Empty Hiburan menurut E-mail: labuan02@yahoo.com

Post  kavie Wed Jul 01, 2009 12:05 am

KETIKA RTM merupakan satu-satunya stesen televisyen di negara ini, masyarakat mendapat hiburan daripada beberapa program hiburan. Program ini pula tidak lari daripada mengemukakan artis sama ada penyanyi atau pelakon dalam program tersebut.

Antaranya barangkali banyak yang masih ingat dengan program Dwipuspa, Hiburan Minggu Ini dan beberapa lagi. Ketika itu, kalau ditanya apa itu hiburan, orang akan memberikan beberapa program yang ada melibatkan artis di dalamnya.

Tetapi definisi hiburan hari ini sudah jauh berubah. Dengan bertambahnya bilangan saluran televisyen, untuk mendapatkan hiburan tidak semestinya menonton artis menyanyi. Tidak semestinya hiburan hanya dengan menonton lawak Badul, Acapan dan Yahya Sulong.

Hari ini sesuatu yang paling tidak menghiburkan mempunyai nilai hiburan yang tinggi. Hiburan pula tidak semestinya membuat penonton terhibur tetapi mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap penonton.

Siapa yang menyangka hari ini sesetengah daripada kita terhibur melihat tragedi yang berlaku kepada orang lain. Perkara-perkara yang tragis atau penyakit sosial dalam masyarakat kini telah dikomersialkan sebagai ‘bahan hiburan’.

Ia dikatakan sebagai hiburan kerana penyiaran atau pendedahan penyakit sosial tadi tidak memberi kesan positif kepada masyarakat. Mereka hanya memperoleh satu pengalaman baru melihat penyakit sosial yang sebelum ini mungkin hanya didengar.

Sekarang ada semacam satu kecenderungan mendedahkan penyakit-penyakit sosial yang menjijikkan dalam masyarakat. Kisah tentang bohsia, pelacur, penagih dadah hingga kepada budak sekolah hidu gam sudah menjadi paparan biasa yang dikomersialkan.

Memanglah penonton suka melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat mereka di luar sana. Mungkin ini satu pengalaman yang sangat menarik sekali gus menghiburkan sekalipun mereka menafikan mereka terhibur dengan tragedi hidup orang lain.

Pihak yang mendedahkan penyakit sosial ini yakni stesen televisyen tentulah bersetuju dengan hujah ini bertujuan mengubah keadaan itu. Mereka tidak bercakap tentang nilai komersial apabila mendedahkan secara dekat pelacur veteran di Chow Kit atau budak Melayu yang hidu gam.

Tetapi apakah kesan positif daripada pendedahan yang kita lihat semuanya orang Melayu dihinggapi penyakit sosial itu? Maka kita bolehlah menganggap pendedahan perkara-perkara yang jijik dan memualkan ini adalah sebahagian daripada cara menghiburkan kita. Ini satu tanggungjawab sosial? Ah, itu retorik saja.

E-mel: labuan02@yahoo.com
kavie
kavie
member

Jumlah posting : 78
Join date : 30.03.09
Age : 31

https://kavie-design.indonesianforum.net

Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik